Konsep geopark Geowarisan_Dan_Geopelancongan_di_Malaysia

Di peringkat global, wawasan geopark iaitu pembangunan lestari wilayah berasaskan pemuliharaan dan utilisasi warisan alam, khususnya warisan geologi dan landskap telah mendapat sambutan hangat.

Geopark didefinisikan sebagai satu kawasan dengan keluasan bersesuaian, mempunyai sempadan jelas dan mengandungi beberapa tapak warisan geologi berkepentingan kebangsaan, ser-antau atau antarabangsa yang dibangunkan secara lestari bagi meningkatkan tahap ekonomi dan nilai budaya penduduknya, terutama melalui aktiviti pelancongan.

Geopark ialah satu konsep pembangunan yang memberikan perhatian kepada keseimbangan tiga komponen utama iaitu ke-pentingan pemuliharaan sumber asli (khususnya sumber geowarisan), pembangunan infrastruktur untuk pelancongan dan aktiviti sosioekonomi yang menguntungkan masyarakat setempat. Konsep geo-pelancongan yang diperkenalkan pada tahun 1994 semakin berkembang di mana tumpuan lebih diberi kepada penghayatan sumber warisan geologi dan landskap fizikal.